身为消费者的我们,你是否了解自己的权益呢?根据大马国内贸易、合作社及消费人事务部Kementerian Perdagangan dalam Negeri,Koperasi dan Penggunaan (KPDNKK),我国人民享有八个消费者权益。
小编从KPDNKK网页中得到这八个消费者权益,大家一起参考。(由于是官方文件,恕小编不便翻译,一切以马来文为准)
1. Hak untuk
mendapat keperluan asas
Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan
kehidupan yang memuaskan seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan,
pendidikan, kemudahan awam, air dan sanitasi.
2. Hak untuk
mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses
pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.
3. Hak untuk
mendapatkan maklumat
Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi
membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada
pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.
4. Hak untuk
membuat pilihan
Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti
yang memuaskan.
5. Hak untuk
menyuarakan pendapat
Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan
pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan
dasar kerajaan, serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh
pengeluar.
6. Hak untuk
mendapat ganti rugi
Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk
pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang
mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
7. Hak untuk
mendapat pendidikan pengguna
Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang
diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian
barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka
sebagai pengguna.
8. Hak untuk
hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang
bersih, sihat dan tidak berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan
datang.
资料来源:KPDNKK
没有评论:
发表评论